Kongsikan Entri Kami

Saturday 30 November 2013

Kejam : Bayi Dibunuh & Disembunyikan Dalam Mesin Basuh (Gambar)


Shanghai – Misteri kehilangan seorang bayi berusia empat bulan akhirnya terbongkar apabila ibunya menemui anaknya itu di dalam mesin basuh, ketika dia mahu membasuh pakaian. Lebih mengejutkan mayat bayi itu dimasukkan dalam beg plastik sebelum disembunyikan dalam mesin basuh itu.

Selepas siasatan dijalankan, mereka tidak menyangka bahawa pembunuh bayi malang itu adalah ibu saudaranya sendiri. Suspek mengaku membunuh bayi berkenaan selepas bergaduh dengan kakaknya membabitkan isu wang.

Pembunuh tersebut, yang dikenali sebagai Lei ditangkap lewat malam semalam.
Setakat ini siasatan masih dijalankan.Keluarga wanita itu, yang seramai lapan orang telah berpindah dari Anhui ke Shanghai dan menetap di dalam sebuah rumah.

Mereka menyara hidup dengan menjual makanan di gerai di bawah apartmen yang mereka duduki. Kehilangan bayi itu disedari oleh neneknya apabila dia mendapati cucunya telah tiada di tempat tidur.

Susulan itu laporan polis dibuat selepas mereka bimbang bayi berkenaan diculik ketika mereka sekeluarga sibuk bekerja. Polis kemudiannya menjalankan gerakan mencari bayi berkenaan di seluruh kawasan namun gagal mendapat petunjuk.


Sumber : Here
Read More.. "Kejam : Bayi Dibunuh & Disembunyikan Dalam Mesin Basuh (Gambar)"

OMG : Wanita Sanggup Potong Kaki Demi Kasut Tumit Tinggi (2 Gambar)


New York – Seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali pertama.

Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok, Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja dalam industri fesyen.

Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu. Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.


“Sukar untuk membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama. Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.

“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.

“Pakar berkata, terdapat pilihan lain iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,” katanya.

Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau menjalani pembedahan. Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.

“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.

“Saya terpaksa memakai kasut sukan ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.

“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.

“Sehinggalah saya membaca artikel mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. – Agensi


Sumber : Here
Read More.. "OMG : Wanita Sanggup Potong Kaki Demi Kasut Tumit Tinggi (2 Gambar)"

Friday 29 November 2013

OMG : Persahabatan Antara Seekor Badak Sumbu Dan Kura-Kura Berusia 130 Tahun (8 Gambar)

Persahabatan Antara Seekor Badak Sumbu Dan Kura-Kura Berusia 130 Tahun.
Walaupun lain tetapi mereka tetap boleh berkawan. 

Read More.. "OMG : Persahabatan Antara Seekor Badak Sumbu Dan Kura-Kura Berusia 130 Tahun (8 Gambar)"

Serius : Viktoria, Model 'Plus Size' Yang Sangat Terkenal Di Rusia (10 Gambar)

 Viktoria, Model 'Plus Size' Yang Sangat Terkenal Di Rusia.
Dia mungkin tidak mempunyai susuk tubuh seperti mereka yang lain tetapi dengan badannya yang agak besar, dia tetap diterima orang ramai di negara itu. 

Read More.. "Serius : Viktoria, Model 'Plus Size' Yang Sangat Terkenal Di Rusia (10 Gambar)"

WTF : Fesyen Yang Kurang Sesuai Demi Menarik Perhatian Di China (7 Gambar)

Fesyen Yang Kurang Sesuai Demi Menarik Perhatian Di China.
Semua ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai ke pameran kereta ini. Kalau anda perasan, semua yang di sana adalah lelaki dan mereka semua ambil gambar si gadis itu bukan kerana yang dipamerkan. 

Read More.. "WTF : Fesyen Yang Kurang Sesuai Demi Menarik Perhatian Di China (7 Gambar)"

Cool : Gambar Kahwin Pasangan Taiwan Bertemakan 'Warcraft' (7 Gambar)

Gambar Kahwin Pasangan Taiwan Bertemakan 'Warcraft'.
Pasangan ini Craig dan Zoe telah memilij tema ini dan mereka telah memegang watak
King Varian Wrynn serta Tyrande Whisperwind. Tema ini dipilih kerana mereka berdua suka bermain permainan 'Warcraft'. 

Read More.. "Cool : Gambar Kahwin Pasangan Taiwan Bertemakan 'Warcraft' (7 Gambar)"

Thursday 28 November 2013

WTF : Rupa Selebriti Terkenal Tanpa Photoshop VS Dengan Photoshop (8 Gambar)

Rupa Selebriti Terkenal Tanpa Photoshop VS Dengan Photoshop.
Apa yang anda lihat di dalam majalah selalunya bukan diri mereka yang sebenar. Semua telah diberi 'retouching' agar dapat memikat hati pembaca. Tak percaya? Cuba anda tengok sendiri. 


Read More.. "WTF : Rupa Selebriti Terkenal Tanpa Photoshop VS Dengan Photoshop (8 Gambar)"

Serius : Kehidupan Dan Bilzerian, Seorang Ahli Judi Dan Pelakon Amerika Syarikat (12 Gambar)

Kehidupan Dan Bilzerian, Seorang Ahli Judi Dan Pelakon Amerika Syarikat.
Dia menyatakan ini adalah kehidupan yang diimpikannya. 

Read More.. "Serius : Kehidupan Dan Bilzerian, Seorang Ahli Judi Dan Pelakon Amerika Syarikat (12 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...