Kongsikan Entri Kami

Saturday 16 March 2013

Serius : Lelaki 41 Tahun Kumpul Lebih 2000 Patung Barbie (4 Gambar)


Berusia 41-tahun, Stanley Colorite, yang menggelar dirinya "The Barbie Man" telah mengumpul anak patung Barbie sejak dua dekad yang lalu, dan telah menjadikan rumahnya sebagai sebuah muzium maya untuk mainan popular keluaran syarikat Mattel itu.

Merupakan seorang pemilik perniagaan pembersihan rumah dari Florida, Stanley Colorite membeli anak patung Barbie pertama beliau pada tahun 1997. Ketika ini dia mempunyai lebih daripada 2,000 anak patung itu, termasuk banyak pakaian dan aksesorinya.

Setiap bulan, beliau menambah kira-kira 20 anak patung baru untuk koleksi hebat beliau, serta pelbagai barangan lain yang berkaitan. Seperti yang anda boleh bayangkan, ia adalah tabiat membeli-belah yang cukup mahal, salah satu hal yang memerlukan Stanley membelanjakan kira-kira $ 30,000 (RM 90, 000) setahun.



p/s : Pelik-pelik jer..

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Lelaki 41 Tahun Kumpul Lebih 2000 Patung Barbie (4 Gambar)"

Info : Ops Daulat, Penggunaan UAV Pertama Dalam Operasi Hakiki (2 Gambar)



Artikel ini diambil dari Suara Generasi Baru.

RAMAI tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle atau UAV untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.

Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.

Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.


ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.


UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.


Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.


Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.


Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.


Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.


Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.


Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.
 
Sumber : Here
 
Read More.. "Info : Ops Daulat, Penggunaan UAV Pertama Dalam Operasi Hakiki (2 Gambar)"

Serius : Polis Mengeluarkan Saman Untuk Snowman Dan Keretanya (3 Gambar)

Polis Mengeluarkan Saman Untuk Snowman Dan Keretanya.
Polis mengeluarkan saman kepada kereta di bawah ini walaupun ianya telah diliputi oleh salji. Mungkin dia nak suruh snowman untuk membayarnya. 






Read More.. "Serius : Polis Mengeluarkan Saman Untuk Snowman Dan Keretanya (3 Gambar)"

Serius : Perbezaan Yang Ketara Di Vatican City Pada 2005 VS 2013 (2 Gambar)

Perbezaan Yang Ketara Di Vatican City Pada 2005 VS 2013.
Seperti yang kita tahu, Ketua Tertinggi Gereja Katolik telah meletakkan jawatan bulan lepas. Jadi beberapa hari yang lepas, pihak gereja di negara Vatican City telah mengumumkan Ketua yang baru iaitu  Pope Francis l. Tetapi mari tengok perbezaan keadaan di St. Peter's Square semasa pengumuman Ketua Baru diadakan. 
2005 -Tahun Ketua Baru Gereja diumumkan.

Read More.. "Serius : Perbezaan Yang Ketara Di Vatican City Pada 2005 VS 2013 (2 Gambar)"

Info : Jenama Blackberry Hampir Diberi Nama "Strawberry" (3 Gambar)


Diasaskan oleh seorang imigran Greek di bandar Waterloo, Kanada. Pengasas Research in Motion, Mike Lazaridis telah dilahirkan di Turki, pernah mereka sebuah alat rakaman dari Lego pada umur 4 (empat) tahun, membuat sebuah radio pada umur 5 (lima) tahun, dan pernah belajar di Universiti Waterloo, seperti yang dikutip Serupedia.

Dia memilih untuk berhenati daripada pengajiannya setelah memenangi kontrak bernilai 560 ribu US Dollar. Para perancang ekonomi pernah meramalkan bahwa sekumpulan pesaing besar akan menenggelamkan produk Blackberry dengan membanjiri pasaran dengan produk yang serupa. Namun hingga ke saat ini, tidak ada satu pun perusahaan seperti Nokia, Motorola atau bahkan Microsoft yang sanggup menjadi pesaing untuk Blackberry.

Kegemilangan jenama Blackbery adalah berdasarkan penampilannya yang sangat mesra pengguna dan para pengguna boleh saling berhubung antara satu sama lain tidak kira walau di manapun anda berada. Anda boleh kerap mengakses email (ketika ini Facebook, Blogging, dll). Sejak pelancarannya pada tahun 1999, Blackberry telah mempunyai lebih dari 8 juta pelanggan di seluruh dunia. Sejajar dengan peningkatan kemampuan layanan komunikasi selular, Blackberry pun turut sama meningkat. Dengan makin turunnya pembiayaan kos komunikasi, akhirnya Blackberry bagaikan menjadi sebuah fenomena di seluruh dunia.

Pada mulanya, Blackberry ingin di namakan POCKET LINK, iaitu sebuah nama yang multi fungsi namun membosankan. Kemudian, ia juga hampir-hampir di namakan sebagai STRAWBERRY, kerana produknya yang mirip dengan buah strawberry. Akhirnya, dengan perseutujuan semua pihak, ia dinamakan BLACKBERRY, iaitu sebuah nama yang akrab dan lebih cerdas.

Blackberry pada mulanya masuk ke pasaran buat pertama kali dengan memfokuskan pada layanan e-mail pantas. Pada awalnya, produk keluaran Blackberry hanya memiliki skrin jenis monokrom, tetapi sekarang semua modelnya sudah memiliki skrin layar berwarna.

Ketika ini, RIM juga menawarkan layanan email Blackberry untuk produk-produk bukan Blackberry seperti Palm Treo dan Nokia E61, melalui peranti lunak Blackberry Connect.

Mengapa banyak orang yang meminati produk BlackBerry? Salah satunya adalah kepantasannya mengirim dan menerima email: sepantas mengirim dan menerima SMS.

Blackberry kini bagaikan menjadi gajet yang wajib dimilki oleh para remaja yang ingin diakui kemodenannya. Setelah aplikasi Gossip Girl secara fenomena mempromosikan Blackberry, gajet ini telah dilabel oleh anak-anak muda sebagai lambang status kelas atas.


p/s : Kalaula nama dia strawberry... hoho.. 

Sumber : Here
Read More.. "Info : Jenama Blackberry Hampir Diberi Nama "Strawberry" (3 Gambar)"

Cool : Bojana Danilovic, Wanita Yang Hidup Di Dalam Dunia "Terbalik" (2 Gambar)


Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas. Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik


p/s : rare

Sumber : Here
Read More.. "Cool : Bojana Danilovic, Wanita Yang Hidup Di Dalam Dunia "Terbalik" (2 Gambar)"

Serius : Anak Pelanggan Termakan Kondom, McDonald's Disaman (2 Gambar)


Seorang ibu menyaman restoran makanan segera McDonald’s selepas anak lelakinya yang berusia dua tahun memakan kondom yang sudah digunakan yang ditemui di kawasan permainan kanak-kanak restoran terbabit.

Anishi Spencer memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$50,000 (RM150,000). Anishi mendakwa dia mengunjungi cawangan restoran itu di Chicago dengan anak lelakinya, Jonathan, tiga, dan Jacquel, dua, pada 4 Februari tahun lalu apabila kanak-kanak itu menemui kondom terpakai di lantai ruang permainan restoran berkenaan di Kezie Avenue.

Dia berkata, anak lelakinya Jacquel kemudian memuntahkan kondom itu dan kedua-dua mereka terpaksa dirawat di hospital. Dalam kes saman itu, Anishi menuduh McDonald’s Corporation di Illinois gagal membersihkan ‘bahan berbahaya’ di kawasan permainan kanak-kanak, lapor akhbar Chicago Sun Times. Ia juga mendakwa rangkaian restoran itu tidak menggunakan alat pengawasan untuk mengesan kegiatan ‘kurang sopan’ di kawasan sekelilingnya.

Seorang jurucakap McDonald’s berkata: “Menyediakan persekitaran yang selamat dan bersih menjadi keutamaan kami. Restoran di Kezie Avenue juga tidak terkecuali.

“Kami memandang serius hal ini dan mula menyiasat semua dakwaan dikemukakan untuk mengumpulkan bukti. Menurut jurucakap itu, ketika saman itu difailkan, syarikat itu belum menyelesaikan siasatan mereka.

Dia juga berkata, syarikat itu sukar untuk menjalankan siasatan kerana Anishi tidak menyerahkan kondom yang didakwanya ditemui di perkarangan restoran berkenaan.

“Ini hanya dakwaan dan kami meminta orang ramai agar tidak membuat kesimpulan tanpa fakta yang kukuh,” kata jurucakap itu


p/s : Budak-budak ape tau... nak2 budak macam gambar kat atas ni.. 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : Anak Pelanggan Termakan Kondom, McDonald's Disaman (2 Gambar)"

Friday 15 March 2013

Berita : [Latest] 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Ditemui Di Dalam 3 Lubang Kubur (2 Gambar)


Tiga lagi kubur ditemui di Kampung Tanduo yang dalamnya terdapat 15 mayat pengganas Sulu yang dipercayai ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Ops Daulat Update:

* 61 Pengganas Telah Ditembak Mati
* 233 Individu Ditahan
* 3 Hari Diberikan Kepada Kerajaan Filipina Untuk Menuntut Mayat Pengganas Atau Akan Dikebumikan Di Malaysia
* 3 Kubur Dengan 15 Mayat Penceroboh Ditemui Di Kg. Tanduo


p/s : Semoga perang ni cepat habis.. 

Sumber : here
Read More.. "Berita : [Latest] 15 Lagi Mayat Pengganas Sulu Ditemui Di Dalam 3 Lubang Kubur (2 Gambar)"

Serius : Kapal USS Guardian US "Dimusnahkan" Setelah Tersangkut Di Laut Sulu? (4 Gambar)


Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?

Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.

Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.

Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib,  kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.

Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.

Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.

Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.

Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.

Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.

Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!


Sumber : Here
Read More.. "Serius : Kapal USS Guardian US "Dimusnahkan" Setelah Tersangkut Di Laut Sulu? (4 Gambar)"

Info : Mari Lihat Ular Menghadam Tikus Menggunakan Mesin MRI (3 Gambar)

Mari lihat beberapa gambar proses penghadaman seekor ular sawa Burma yang menghadam seekor tikus. Gambar-gambar ini diambil menggunakan gabungan antara computer tomography (CT) dan juga magnetic resonance imaging (MRI). Gambar kedua di bawah merupakan gambar turutan selama 132 jam semasa proses penghadaman berlaku.

Laa..patutlah ular sawa selalu tidur lepas kenyang, proses penghadaman di dalam perut sangat lama. Sambil tunggu lapar balik, lebih baik tidur kan. Haha.



Sumber : Here
Read More.. "Info : Mari Lihat Ular Menghadam Tikus Menggunakan Mesin MRI (3 Gambar)"

Kreatif : Rekaan Perabot Yang Menyakitkan Mata Anda (2 Gamabr)


Jangan betulkan monitor korang. Atau jangan refresh google korang. Gambar yang korang tengok ni adalah gambar sebenar. Perabot ukiran tangan ini ialah hasilkan kerja Ferruccio Laviani yang menggunakan konsep Glitch yang dinamakan “Good Vibrations”.


p/s : Macam-macam la idea diorang nih.. 

Sumber : Here
Read More.. "Kreatif : Rekaan Perabot Yang Menyakitkan Mata Anda (2 Gamabr)"

Sejarah : Masjid Kobe, Masjid Yang Bertahan Dari Bom Atom Dan Gempa Bumi (7 Gambar)


Kobe Mosque merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe bererti gate of God atau gerbang Tuhan. Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Penyerangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sebuah peperangan.

Dan Jepun pun kalah. Dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Ketika itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikatakan Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bawah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana pengubahsuaian dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan secara langsung dari Jerman. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik lalu dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering menghampiri kas jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya.Ramai penderma yang bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan pengubahsuaian masjid ini. Sumbangan tetap boleh membuat Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan Gempa Bumi paling dahsyat tahun 1995. Tepat pada pukul 05.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.

Para ilmuan menyatakan bahawa gempa itu disebabkan oleh tiga buah plat yang saling bertembung, iaitu plat Filipina, plat Pasifik, dan plat Eurasia. Meskipun hanya berlaku 20 saat, namun gempa ini memakan nyawa sebanyak 6433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan mangsa 140,000 orang. Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak tergoyah walaupun dilanda pelbagai bencana.


p/s : Subhanallah... 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Masjid Kobe, Masjid Yang Bertahan Dari Bom Atom Dan Gempa Bumi (7 Gambar)"

Cool : Keadaan Dalam Business Class Atau Kelas Pertama Emirates Airlines (12 Gambar)

Keadaan Dalam Business Class Atau Kelas Pertama Emirates Airlines.
Satu pasangan telah mendapat peluang untuk merasai sendiri keadaan dalam business kelas Emirates A380 dari Dubai ke Amsterdam. Tiket penerbangan mereka telah dinaiktaraf atas alasan tertentu sehingga mereka mampu masuk ke bahagian business class.  

Read More.. "Cool : Keadaan Dalam Business Class Atau Kelas Pertama Emirates Airlines (12 Gambar)"

Serius : Mila Kunis Pada Usia 18 Tahun VS Kini (2 Gambar)

Mila Kunis Pada Usia 18 Tahun VS Kini.
Mana lebih menawan? Mila Kunis dulu atau sekarang atau sama je.

18 Tahun

Kini

Read More.. "Serius : Mila Kunis Pada Usia 18 Tahun VS Kini (2 Gambar)"

OMG : Anjing Berkepala 'Alien' Kerana Kolar Terlalu Ketat (4 Gambar)

Anjing Berkepala 'Alien' Kerana Kolar Terlalu Ketat.
Seekor anjing yang bernama Phil telah memakai kolar leher yang terlampau ketat sehingga membesarkan kepalanya seperti 'alien'. Selepas pembedahan anjing ini berjaya diselamatkan.  

Read More.. "OMG : Anjing Berkepala 'Alien' Kerana Kolar Terlalu Ketat (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...