Kongsikan Entri Kami

Saturday 24 September 2011

OMG : Kepala Bayi Tercucuk Charger Handphone


China - Seorang bayi nerumur satu tahun telah terjatuh dari katil dan kepalanya tercucuk charger elektrik dan melekat pada bahagian belakang kepala. Bayi tersebut dibawa ke hospital dan pihak doktor terpaksa mengeluarkan besi charger tersebut dengan berhati-hati kerana risau akan terkena bahagian penting di dalam otak bayi tersebut. 


Doktor terpaksa memecahkan charger tersebut untuk mengelakkan serangan "massive hemorrhage" kepada bayi tersebut. Pembedahan memakan masa 3 jam dan doktor berjaya mengeluarkan besi charger tersebut.


Sumber: Asian


Read More.. "OMG : Kepala Bayi Tercucuk Charger Handphone"

Info : Inilah Keadaan Di India (37 Gambar)






































Sumber: Pintu


Read More.. "Info : Inilah Keadaan Di India (37 Gambar)"

Info : Pembohongan Iblis Ketika Sakaratul Maut


Syaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu. Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.

Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."

Rombongan Satu

Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis hati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Dua

Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun meraung dan melompat sekuat hati. 

Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan Tiga

Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya. 
 
Rombongan Empat

Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang
dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan Lima

Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang
menyerupai si ayah dan ibu. 

Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." 

Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan Enam

Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia:
"Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."

Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. 

Lalu datang pula iblis menyerupai ulama dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."

Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." 

Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga
palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). 

Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah zat Allah?"

Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. 

Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

Rombongan Tujuh

Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. 

Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. 

Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin:

"Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah." 

 
Sumber: Akak


Read More.. "Info : Pembohongan Iblis Ketika Sakaratul Maut"

Horror : Lelaki Bakar Diri Kerana Hutang (5 Gambar)

Seorang lelaki Greece yang berumur 55 tahun nekad membakar dirinya kerana tidak mampu untuk membayar hutang. Walaubagaimanapun, lelaki ni tidak mati kerana polis ada di tempat kejadian semasa dia membakar dirinya. Polis menyembur dengan pemadam kebakaran dan sempat menyelamatkan lelaki tersebut. Pihak polis berkata bahawa ini ialah kali ketiga lelaki ini cuba membunuh diri. Lelaki ini ditahan di rumah sakit jiwa setelah dirawat di hospital berdekatan. 


























p/s : Kalau aku jadi polis aku simbah lagi minyak biar mampos terus.. Memang bodoh.. Hoho..


Sumber: OsSerem


Read More.. "Horror : Lelaki Bakar Diri Kerana Hutang (5 Gambar)"

Info : Hati-Hati Kongsi Barang Dengan Orang Lain


"Kongsi", sejak kecil orangtua sudah mengajarkan kita pentingnya perbuatan tersebut dalam hidup. Tetapi, dalam hal kesihatan ada beberapa benda yang tidak sepatutnya anda bagi pemakaiannya dengan orang lain.

1. Berus gigi - Jangan pernah berkongsi berus gigi dengan orang lain, bahkan dengan pasangan yang baru saja anda cium. Menurut Chuck Gerba, ahli mikrobiologi persekitaran dari Universiti Arizona, AS, saat kita memberus gigi ada sebahagian kulit yang terkelupas dan mungkin menempel di berus gigi. "Ada beberapa jenis virus yang boleh berpindah melalui berus gigi, seperti hepatitis B dan C, HIV, dan penyakit saluran pernafasan, "katanya. Hal itu terutamanya jika kita sedang menderita luka di bahagian mulut atau radang gusi.

2. Sikat - Meski kelihatan tidak berbahaya, namun menurut Gerba sikat juga boleh menjadi media penularan penyakit. "Beberapa jenis bakteria dan bakteria yang kebal antibiotik atau MRSA boleh ditemui pada sikat kerana lapisan kulit kepala boleh tersangkut di sikat," katanya. Beliau mencadangkan agar kita selalu membawa sisir peribadi. Namun bagaimana dengan sikat di salon? Gerba mengesyorkan agar kita memilih salon langganan yang bersih sehingga boleh dipastikan mereka secara rutin membersihkan alat-alatnya.

3. Telefon - Tahukah anda telefon bimbit (telefon) menyimpan banyak bakteria kerana seringnya ia disentuh namun tak pernah dibersihkan. Bahkan, menurut penelitian telefon milik wanita jauh lebih kotor berbanding telefon kepunyaan lelaki. Salah satu penyebabnya adalah wanita juga sering menyentuh alat kosmetik dan mereka lebih rentan terkena flu. Kajian menunjukkan bakteria yang sering tertinggal di permukaan telefon antara lain bakteria penyebab influenza.

4. Pisau cukur - Pisau cukur juga termasuk dalam benda yang wajib anda pakai secara peribadi. Terlihat atau tidak, pisau cukur sering menggores kulit hingga berdarah. Beberapa penyakit jangkitan seperti hepatitis B boleh disebarkan melalui penggunaan pisau cukur yang tidak steril. Apalagi banyak orang pembawa (carrier) virus hepatitis yang tidak menyedari dirinya mengidap virus ini.

5. Kosmetik
- Berhati-hatilah apabila menggunakan contoh produk kosmetik di kedai kerana sudah digunakan oleh ratusan pembeli. Penelitian selama dua tahun mencari jumlah bakteria yang sangat banyak pada pelbagai sampel produk kosmetik di departement store, terutama lipstik, krim wajah, dan kuas pemulas wajah dan mata. Pada kajian yang dilakukan di hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, itu ditemui bahawa jumlah bakteria di sampel kosmetik pada hari minggu jauh lebih banyak berbanding hari lain. 


Sumber: Akak


Read More.. "Info : Hati-Hati Kongsi Barang Dengan Orang Lain"

Video Kreatif : "Undilah" - Video Klip Patriotik Yang Di Banned Di Malaysia























Ok.. Firstly, aku memang suka video clip "Undilah" ni.. Video clip ni dihasilkan oleh Pete Teoh yang dikenali dengan PSA Project. Apa yang best dalam video ni, ia menggabungkan ahli politik, ahli sukan dan juga artis-artis Malaysia.. Memang mendalam mesej yang disampaikan dalam video ni.. Tapi apakan daya, video patriotik macam ni pon di BANNED. Cakap banyak pun tarak guna, korang layan la sendiri..


Antara artis, ahli politik dan ahli sukan terkenal yang terlibat ialah : 

Afdlin Shauki
Aizat Amban
Baki Zainal
Bront Palarae
Daphne Iking
Jason Lo
Jehan Miskin
Karamjit Singh
Lee Chong Wei
Namewee
Nurul Izzah Anwar
Pete Teo
Reshmonu
Sassi The Don
Sharifah Amani
Sazzy Falak
Tengku Razaleigh
Tony Fernandes
Wardina
Wee Ka Siong
Yasmin Yusuf


p/s : Pada pendapat aku, kerajaan mesti lebih kreatif untuk promote rakyat Malaysia untuk mengundi. Macam video kat atas nih.. Takkan la nak suruh orang mengundi guna iklan kat TV1 yang diguna sejak tahun 80-an tuh? Rakyat pun dah naik muak tengok. Tapi bile video kreatif macam ni dihasilkan, macam-macam masalah pulak timbul.. Yang pasti, SKMM masih tidak membenarkan video ini ditayang di TV.. apa masalahnya??? The StarOnline ada menyatakan video ni ditarik balik tayangannya disebabkan ada pemimpin pembangkang iaitu Nurul Izzah dalam video ni dan juga kenyataan Ku Li pasal "negara kita ada masalah".  so...wtf?? bukan dia promote parti pun...sama-sama la korang fikirkan.. 


Sumber: Youtube


Read More.. "Video Kreatif : "Undilah" - Video Klip Patriotik Yang Di Banned Di Malaysia"

WTF : Festival Makan Daging Anjing di Jinhua, China (13 Photos NSF Animal Lovers)

Sejak 600 tahun yang lalu Festival Makan Daging Anjing telah dibatalkan selepas beratus ribu orang di China protes kerana ianya terlalu kejam terhadap anjing. Festival ini biasanya dianjurkan selam tiga hari di Oktober tetapi buat pertama kali telah dibatalkan. Sekiranya ianya berlangsung, sebanyai 15,000 anjing akan dibunuh untuk dimakan beramai-ramai. Ini adalah antara gambar yang NSF mereka yang sangat bencikan kekejaman pada haiwan. Ini festival makan daging anjing yang berlansung sepanjang 2000 sehingga 2010. Nak menangis admin tengok anjing-anjing dibuat begini. Admin cabar siapa berani nak makan,,:-)
Read More.. "WTF : Festival Makan Daging Anjing di Jinhua, China (13 Photos NSF Animal Lovers)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...