Kongsikan Entri Kami

Monday 5 September 2011

Panas : QPR Mahu Beli David Beckham


PEMILIK baru QPR, Tan Sri Tony Fernandes sedang merancang pembelian bekas kapten England, David Beckham.

Hartawan dari Malaysia itu yakin kehadiran Beckham ke Loftus Road sejurus tamat musim Liga MLS bersama LA Galaxy mampu membantu pemain veteran itu mengintai tempat beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Fernandes sedia menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama QPR kepada Beckham.

Beckham, 36, sebelum ini mendedahkan bahawa beliau berminat untuk dipilih antara tiga pemain lebih umur skuad Britain bagi beraksi di Sukan Olimpik tersebut.

Biarpun sedar kos untuk membawa masuk Beckham ke QPR pasti tinggi, Fernandes yakin penjualan jersi dan barangan cenderamata itu bakal mampu menampungnya.


Sumber: MyNews


1 comments:

Razil Tahir said... Best Blogger Tips

Tony Fernandez memang cool gilarh!!!
Support die to the fullest!!!
bangga ada rakyat malaysia cmnie... :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...